Spesis Luar Biasa, Mitsubishi Lancer Fiore Hatchback

SHARE:

Artikel ini dipetik dari laman sesawang Mekanika Malaysia . Kisahnya, saya telah berkenalan dengan kereta ini kira-kira 8 tahun yang lalu....

Artikel ini dipetik dari laman sesawang Mekanika Malaysia.

Kisahnya, saya telah berkenalan dengan kereta ini kira-kira 8 tahun yang lalu. Ketika itu, ia sedang dibina semula oleh pemiliknya dari kondisi separuh reban. Mujur juga ia masih berkongsi dengan model Fiore biasa. Lepas makan tahun berhempas pulas, ianya berjaya dihidupkan semula walaupun tidak sempurna seratus peratus.


Secara tak sengaja, saya kembali bertemu dengan kereta ini dalam sesi TT ringkas bersama pemilik jentera Mirage. Mula-mula tengok tak perasan mana. Lepas dibelek gambar lama, rupanya ia masih kereta yang sama walaupun kini sudah bertukar tangan.

Kepada yang kurang maklum, ini adalah model Mirage generasi kedua, yang turut menggunakan nama Lancer dan Colt mengikut negara pasaran. Selain model NA yang biasa, ia turut memiliki versi istimewa Mirage 1600 GSR X1X, yang dilengkapi enjin bersiput 4G32T.


Kalau ada yang perasan, Mirage ini juga kerap digunakan dalam filem lakonan Jackie Chan seperti Police Story 1, Police Story 2, Heart of Dragon (The First Mission) dan Naughty Boys.

Di negara kita, kereta ini jatuh dalam kategori super rare memandangkan jumlah yang sangat terhad. Tak pasti berapa banyak yang pernah tersadai di sini. Tapi kalau campur yang rentung dengan bergeran sekali pun, belum tentu boleh genap sepuluh jari.

Yang ini milik Sladunk, seorang abang pegawai yang memang kacak bila beruniform. Mana datang nama Sladunk tu tak pasti. Mungkin sebab badannya, mungkin sebab karektornya, mungkin juga sebab dia pemain basketball.

Di tangan Sladunk, bahagian luar kereta ini telah dicantikkan semula menerusi kerja-kerja pentacapan yang serius. Makin berseri-seri rupanya dengan asas berkaler kuning. Memandangkan kit Aero GT Mirage C12 hampir mustahil untuk diperolehi, sebahagian komponen badannya telah dihantar untuk proses salutan karbon bagi mencari kelainan.


Antaranya bahagian hood, fender, grill, pintu, bonet, skirt sisi dan cermin sisi. Kit badan Mirage C12 lain masih dikekalkan, sebelum ditambah lip Accord SV4 kustom, serta unit sunroof MMC di bahagian bumbung.

Sektor pengendalian telah diubahsuai dengan cara yang tersendiri. Nak kata kengkang tak juga, cuma dilabuhkan pada kadar yang lebih sesuai.

Di bahagian roda tersemat rim Enkei RP01 bersaiz 15-inci, lengkap dengan tayar Continental CC5 berukuran 195/50R-15. Sementara kuasa hentian pula, datang dari set brek Proton Perdana untuk depan dan belakang.


Jika dahulu pernah menggunakan enjin 4G63T dari EVO III, namun enjin tersebut tidak lagi berkhidmat pada kereta ini. Sebagai ganti, ia kini menggunakan enjin NA jenis 4G15 yang lebih mesra poket. "Sekarang nak bawak rilek-rilek je bang," kata Sladunk sambil mengusap-ngusap bunga tayar barunya.

Seperti yang dijangka, enjin baru ini tidak mengalami sebarang perubahan kecuali sentuhan krom di sana sini. Untuk tujuan prestasi, terdapat penapis udara Apexi, Ram udara kustom, pam petrol AVS, rel bahan api Sard, serta unit regulator Works Engineering.

Kota gear manual yang digunakan juga tidak berubah. Manakala sistem ekzos telah dibina semua, sebelum bersambung dengan muffler dari Pro1.


Ruang dalaman mendapat gaya lebih sporty, hasil pemasangan sepasang bangku bakul dari Bride. Bagi menghasilakn mood yang sama, komponen penting seperti papan pemuka, konsol tengah dan pilar telah dihitamkan, termasuk balutan semula lelangit bumbung dan tempat duduk belakang.

Diselit juga stereng kapal terbang dan meter LCD dari Mirage C12 Turbo. Satu-satunya komponen yang belum Sladunk ubah adalah panel pintunya, yang hampir mustahil untuk diganti pada waktu ini. Dan bendanya panjang terjujur. Takkan nak cantum pakai dua pintu Fiore!


Ianya bukan sekadar minat, tapi uturt melibatkan komitmen yang besar. Penat lelah yang diusahakan Sladunk untuk melahirkan semula model legasi ini, nampaknya sangat berbaloi.

Gambar :

















Hensem tak Owner Fiore Hatchback nie?


COMMENTS

Name

Berita Event Gallery Informasi Modifikasi
false
ltr
item
TIGA PADEL: Spesis Luar Biasa, Mitsubishi Lancer Fiore Hatchback
Spesis Luar Biasa, Mitsubishi Lancer Fiore Hatchback
https://1.bp.blogspot.com/-OYqLiWg2wJs/XEgmG4hiNfI/AAAAAAAAE8o/5PiPTp5vt2w7NuZkT7Db2jnDt_r_3062QCLcBGAs/s640/fiore-kuning-4.jpg
https://1.bp.blogspot.com/-OYqLiWg2wJs/XEgmG4hiNfI/AAAAAAAAE8o/5PiPTp5vt2w7NuZkT7Db2jnDt_r_3062QCLcBGAs/s72-c/fiore-kuning-4.jpg
TIGA PADEL
https://tigapadel.blogspot.com/2019/01/spesis-luar-biasa-mitsubishi-lancer.html
https://tigapadel.blogspot.com/
http://tigapadel.blogspot.com/
http://tigapadel.blogspot.com/2019/01/spesis-luar-biasa-mitsubishi-lancer.html
true
7153596928226087514
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy