Berita yang tidak dapat dibaca dan diterima oleh masyarakat dan aku sendiri. Dengan tajuk yang diberikan di atas, paham sudah bahawa petrol ...
Berita yang tidak dapat dibaca dan diterima oleh masyarakat dan aku sendiri. Dengan tajuk yang diberikan di atas, paham sudah bahawa petrol RON95 bakal diapungkan semula selepas subsidi minyak bersasar berkuat kuasa bermula 1 Januari 2020.
Menurut Kementerian Perdangangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, hanya penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) yang tinggal di Semenanjung Malaysia akan menikmati skim yang dilancarkan ini.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution menyifatkan skim ini memenuhi janji kerajaan Pakatan Harapan dalam manifesto pilihanraya Umum ke-14 untuk menawarkan subsidi kepada golongan yang memerlukan.
Menerusi skim, ini pemilik kereta akan menerima sejumlah RM120 setiap empat bulan dan RM48 bagi pemilik motosikal.
Pemilik kenderaan akan menerima bayaran tersebut secara terus ke dalam akaun bank masing-masing dengan bayaran pertama dijadualkan bermula April 2020.
Bagaimanapun, subsidi ini hanya diberikan kepada penerima BSH yang memiliki kereta dengan enjin dibawah 1,600cc atau atas 1,600cc namun kereta tersebut sudah melebihi usia 10 tahun.
Sementara itu, hanya pemilik motosikal bawah 150cc atau diatas 150cc yang berusia lebih tujuh tahun akan menikmati skim ini.
Sementara itu, penduduk di Sabah, Sarawak dan Labuan akan terus menerima subsidi dengan harga RON95 kekal pada RM2.08 seliter.
Kongsikan pendapat anda dengan aku. Wajarkah skim subsidi bersasar ini terhad kepada penerima BSH di Semenanjung Malaysia sahaja?
Sumber : The Star