Petronas Dagangan Verhad (PDB) telah mengeluarkan kenyataan berhubung dengan insiden 20 buah kenderaan yang mengalami masalah enjin selepa...
Petronas Dagangan Verhad (PDB) telah mengeluarkan kenyataan
berhubung dengan insiden 20 buah kenderaan yang mengalami masalah enjin selepas
mengisi minyak di stesen minyak Petornas Solaris Besraya tempoh hari.
Insiden yang menjadi tular di laman social mendakwa tangka simpanan
petrol di stesen minyak itu dikatakan sudah bercampur dengan diesel, malah ada
juga yang mendakwa ia dimasuki air.
Bagaimanapun, insiden ini mendapat respon pantas dari pihak
syarikat stesen minyak berkenaan dan memberi bantuan menunda kenderaan yang
terjejas.
Dalam kenyataannya, Petronas berkata, pihaknya mengambil
serius terhadap insiden ini yang berlaku dan memohon maaf kepada semua
pelanggan atas masalah yang timbul. Malah telah menghubungi pelanggan yang
terjejas serta mengambil langkah-langkah yang perlu termasuk membayar ganti
rugi yang sewajarnya.
Berdasarkan penilaian awal mendapati kecuaian dalam
pengendalian produk hanya berlaku di stesen berkenaan dan kini ditutup buat sementara
bagi meneruskan penyiasatan. Dalam masa yang sama Petronas memberikan jaminan
bahawa stesen minyakknya yang lain tidak terjejas.