Kementerian Pembangunan Usahawan memperuntukkan sehingga RM20 juta bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga yang sebahagian besa...
Kementerian Pembangunan Usahawan memperuntukkan sehingga
RM20 juta bagi membangunkan prototaip kereta nasional ketiga yang sebahagian
besarnya adalah daripada pelaburan vendor.
Prototaip itu dijangka dilancarkan pada suku pertama 2019.
Menterinya, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof berkata, setakat
ini kementerian telah mengenal pasti beberapa vendor yang berminat untuk
membangunkan prototaip kereta nasional ketiga itu.
Katanya, vendor yang menunjukkan minat itu kebanyakkannya
sudah mempunyai dana sendiri bagi menjalankan kerja serta proses untuk membina
prototaip kereta nasional ketiga.
“Jadi tidak timbul isu dana itu dari mana kerana mereka
sendiri sudah mempunyai dana untuk menjalankan projek ini.
“Malah, terdapat juga bantuan geran sedia ada oleh kementerian
yang mana ia dapat menjadi pemangkin dan membantu dalam usaha yang akan
dijalankan oleh vendor ini.
“Mereka juga mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang dalam
sector automotif dan kita yakin mereka dapat menghasilakn prototaip yang baik,”
katanya pada siding media selepas merasmikan Program Lestari, kerjasama antara
MED dan PETRONAS di sini.
Mesyuarat Jawatankuasa Koordinasi Projek Kereta Nasional
Baru (NNCP) pada 12 Oktober dan 14 Disember tahun lalu bersetuju Kumpulan
Industri-Kerajaan Bagi Teknologi Tinggi Malaysia (MIGHT) dijadikan penyelaras
kepada kementerian yang terbabit dalam projek ini.
Selain MED, kementerian berkaitan adalah Kementerian
Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Pengangkutan serta
Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim.
Mohd Redzuan berkata, projek itu juga dilihat dapat memacu
pertumbuhan ekonomi negara dan membangunkan vendor tempatan ke arah bertaraf
global dan lebih kompetitif.
“Usaha ini jika dilaksanakan secara bertepatan, akhirnya
akan memberikan impak positif serta menjadikan industry automotif tempatan
lebih mampan di persada dunia,” katanya.
Menurutnya, projek kereta nasional ini mempunyai pendekatan
berbeza dengan pengeluar kereta nasional sedia ada.
MED kini sedang mengenalpasti vendor automotif yang berminat
dalam pembangunan NNCP menerusi portal NNCP di laman web kementerian.
Antara kategori berkaitan adalah pembinaan logam dan plastic,
petrokimia dan peleburan, pembinaan besi, industri sokongan dan pemasangan.
Sumber : Careta