Hari ini, Menter Pengangkutan, Anthony Loke, membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018 untuk bacaan kali...
Hari ini, Menter Pengangkutan, Anthony Loke, membentangkan
Rang Undang-Undang (RUU) Akta Pengangkutan Jalan (Pindaan) 2018 untuk bacaan
kali pertama di Dewan Rakyat.
Foto : MyNewsHub |
Dalam pembentangan tersebut, Loke berkara RUU itu antara
lain akan memberi kuasa kepada Majlis Bandaraya untuk menubuhkn pasukan warden
lalu lintasnya sendiri. Di mana penubuhan pasukan itu dapat membantu anggota
polis trafik dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam melakukan tugas rondaan
dan menjaga lalu lintas di bandar raya besar, laporan Bernama.
Loke juga berkata pindaan baharu itu bakal menambah baik
proses pembatalan pendaftaran kenderaan bagi memudahkan pihak berkuasa tempatan
(PBT) melupuskan kenderaan terbiar.
“Sekarang ini, pihak PBT mempunyai masalah untuk melupuskan
kenderaan terbiar di kawasan mereka, kerana banyak kenderaan ini masih
mempunyai pendaftaran masih hidup (sah). Jadi dengan pindaan baharu ini dapat
memudahkan kerja PBT melupuskan kenderaan terbiar,” katanya.
Sementara itu, Loke berkata di bawah pindaan baharu itu juga
menteri bakal diberikan kuasa untuk menetapkan fi terhadap penggunaan cermin
gelap oleh kenderaan.
“Sebelum ini, tiada peruntukan undang-undang untuk kerajaan
meletakkan caj atau fi terhadap cermin gelap, Cuma menteri diberi kuasa untuk
beri pengecualian kepada mana-mana individu melalui surat,” katanya.
Sumber : Paultan