Mitos Dan Fakta Mengenai Lampu Amaran “Check Engine”

SHARE:

Apabila anda sendang memandu dengan santai dan secara tiba-tiba lampu amaran “CHECK ENGINE” anda menyala. Apa sebenarnya yang berlaku? Tidak...

Apabila anda sendang memandu dengan santai dan secara tiba-tiba lampu amaran “CHECK ENGINE” anda menyala. Apa sebenarnya yang berlaku? Tidak kira apa pun gelaran yang anda berikan pada lampu amaran yang biasanya berwarna kuning itu, ia membawa maksud yang sistem komputer kereta anda telah mengesan masalah pada sistem kereta anda.


Ianya bergantung kepada tahun, buatan dan juga model kereta anda, ia berkemungkinan ada kaitan dengan enjin, transmisi malah mungkin juga brek dan suspensi. Terdapat ratusan sebab yang memungkinkan lampu ini menyala dan percayalah, ia tidak mungkin boleh diselesaikan dengan mudah.

Senarai soalan dan jawapan di bawah mungkin akan dapat membantu kita memahami masalah ini dengan lebih baik.

Bolehkah kereta saya dipandu jika lampu “CHECK ENGINE” menyala ?

Ingat satu perkara sahaja, jika lampu tersebut menyala tapi kereta anda kelihatan okey tanpa sebarang masalah, anda boleh terus memandunya. Tapi pasikan ianya diperiksa bila anda mempunyai kelapangan mengikut keselesaan anda.

Tapi jika kereta anda terasa berbeza, bergegar, semput ataupun berjalan dengan dua silinder sahaja. Jangan pandu, telefon terus trak penunda. Jika rasa ragu-ragu dan tiada mekanik berdekatan, tunda sahaja kerana itu jalan yang paling selamat. Berhenti di tepi lebuh raya bukanlah pilihan yang selamat.

Lampu “CHECK ENGINE” padan dengan sendiri. Kereta saya da okey ker?

Mungkin tidak. Walaupun ia telah terpadam dengan sendiri, sistem komputer kereta akan menyimpan data mengenai masalah yang berlaku dan untuk membolehkan proses baik pulih dijalankan. Untuk mengelakkan isu yang mungkin timbul di kemudian hari, pastikan ia diperiksa oleh mekanik anda.Lampu “CHECK ENGINE” kekal menyala. Apa patut saya buat?2

Kalau terus menyala, ikuti langkah dalam soalan satu tadi dan jangan panik.

Bolehkah saya memutuskan sambungan bateri ataupun fius untuk ‘RESET’ lampu “CHECK ENGINE” kereta saya?

Mungkin, tetapi kami tidak mengesyorkan. Langkah tersebut mungkin akan menghilangkan kod masalah tadi tetapi ia direkomen di seluruh dunia. Malah pihak pengeluar juga menegah ianya dilakukan.

Apakah lampu “CHECK ENGINE” ini sebenarnya?

Lampu “CHECK ENGINE” adalah lampu amaran bagi pelbagai sistem yang beroperasi dalam kereta anda. Dengan bahasa mudahnya, ia merupakan lampu amaran pengurusan enjin yang akan menyala jika ada masalah di kesan pada enjin kereta anda. Ia sama konsepnya dengan mesej ‘Eror’ yang muncul pada skrin komputer anda jika masalah dikesan dalam sistem.

Masalah tersebut mungkin berkaitan dengan mekanikal, teknikal, perisian dan sebagainya.

Bolehkah ia ditetapkan semua (Reset)?

Okey, ini soalan yang menarik dan memerlukan jawapan yang agak panjang. Mula-mula sekali lamp “CHECK ENGINE” ini menyala sebaik ia mengesan masalah dalam enjin dan menyimpan kod kesalahan tadi (fault code). Terdapat ratusan kod seperti ini yang disimpan untuk memudahkan diagnostik dilakukan bagi memperbetulkannya.

Kadang-kadang kod tadi akan menunjukkan terus komponen yang rosak dan perlu ditukar ataupun diperbaiki, kadang-kadang ia lebih serius dan memerlukan prosedur dianostik yang lebih menyeluruh.

Bila ia dihapuskan (reset), kita secara tidak langsung telah menghapuskan punca masalah tadi menyebabkan pembaikan sukar dilakukan. Mana taknya informasi ataupun kod tadi telahpun kita hapuskan.

Malangnya memang tiada cara untuk melakukan reset pada lampu “CHECK ENGINE” tanpa membetulkan masalah yang timbul terlebih dahulu. Jika berjaya dipadamkan pun, ia akan menyala kembali sebaik sahaja masalah dikesan kembali.

Dan setiap model kenderaan memerlukan alat ujian diagnostik mereka sendiri walaupun masalahnya mungkin kelihatan sama. Jika masalah sudah diperbaiki dengan sempurna, ia biasanya akan terpadam sendiri ataupun boleh dipadamkan dengan menggunakan Code Reader yang ada pada bengkel tertentu. Tapi kalau belum diselesaikan ia tidak akan kekal lama. Silap-silap keluar bengkel dah menyala balik.

Ada bengkel yang mengenakan bayaran untuk menggunakan Code Reader dan ada yang tidak. Cuma kalau nak jimat duit, selesaikan punca masalah sebelum melakukan reset untuk memadamkan lampu amaran tersebut. Kalau tidak memang anda akan melakukan proses yang sama berulang kali.

PENTING : Masalah yang menyebabkan lampu amaran “CHECK ENGINE” menyala mungkin akan melibatkan kos yang tinggi tetapi ia wajar diberi perhatian untuk mengelakkan kerosakan yang lebih serius dalam sistem kereta anda.

Sumber : Mekanika Malaysia

COMMENTS

Name

Berita Event Gallery Informasi Modifikasi
false
ltr
item
TIGA PADEL: Mitos Dan Fakta Mengenai Lampu Amaran “Check Engine”
Mitos Dan Fakta Mengenai Lampu Amaran “Check Engine”
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzYnkdDo0jwN1X7KimQK6AxdscsyF7MrQ4tn-9JgnDyVyl23_hiFMWc8bwCCBQyY67am_HnArK6XDMfLh0N2HSKSJrx32eb1_flgOlnoxDdeBaTNC8gxhhpWOTu2W6AJlVOrgFEhf_AFY/s640/check-engine-light-coming-on.jpg
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjzYnkdDo0jwN1X7KimQK6AxdscsyF7MrQ4tn-9JgnDyVyl23_hiFMWc8bwCCBQyY67am_HnArK6XDMfLh0N2HSKSJrx32eb1_flgOlnoxDdeBaTNC8gxhhpWOTu2W6AJlVOrgFEhf_AFY/s72-c/check-engine-light-coming-on.jpg
TIGA PADEL
https://tigapadel.blogspot.com/2019/05/mitos-dan-fakta-mengenai-lampu-amaran.html
https://tigapadel.blogspot.com/
http://tigapadel.blogspot.com/
http://tigapadel.blogspot.com/2019/05/mitos-dan-fakta-mengenai-lampu-amaran.html
true
7153596928226087514
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH ALL POSTS Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Followers Follow THIS CONTENT IS PREMIUM Please share to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy